Premium WordPress Themes

Friday, February 11, 2011

penyakit barah dan merbahaya...

Assalamualaikum dan hai readers..Hari ini saya ingin kongsikan satu penyakit ataupun barah seorang pelajar universiti..hehe. Penyakit tersebut adalah suka menangguh kerja. Apabila sebut je pelajar universiti mesti tidak lari dengan exam, test, kuiz, lab dan assignment.
Pelajar-pelajar akan menjadi tersangat sibuk jika nak submit assignment @tugasandan kuiz @test pada hari yang sama.. Kenapa benda ini terjadi??? ini persoalan yang perlu dijawab pelajar itu sendiri. setiap pelajar yang bergelar mahasiswa mempunyai 24 jam sehari 7 hari seminggu, justeru itu para pelajar perlu bijak membahagikan masa untuk kerja-kerja yang berkaitan dengan akademik mahupun kegiatan luar @ kokurikulum.

 pelajar tiada masa untuk mengulangkaji pelajaran jika ada test@kuiz

Jadual waktu yang padat serta aktiviti-aktiviti universiti yang disertai sebenarnya bukan alasan untuk pelajar tersebut mencapai keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan. Setelah berada di universiti saya dapat perhatikan majoriti para pelajar gemar menyiapkan kerja-kerja tugasan sehari sebelum submit, adakah anda juga menghadapi penyakit yang sama? tepuk dada tanya hati..hehe. Antara alasan-alasan yang sering saya dengar mengapa golongan pelajar ini bertindak demikian kerana percaya bahawa melakukan kerja last minute ini sangat produktif hasilnya. selain itu pelajar juga dikatakan telah menjadi satu habit dan sukar diubah masalah ini. 
buang penyakit ini wahai mahasiswa!!

Kesimpulannya, untuk menjadi pelajar yang cemerlang di universiti dan juga di alam pekerjaan serba mencabar nanti pelajar tersebut perlu buang segala penyakit ini kerana ia bakal memberi implikasi negatif kepada pelajar, jika tidak di universiti mungkin semasa bekerja dan di dalam keluarga.

0 comments:

Post a Comment