Premium WordPress Themes

Thursday, February 10, 2011

Mari betulkan Saf ketika Solat.


Assalamualaikum dan hai readers, hari ini saya nak berkongsi info solat yang di ambil dari majalah solusi isu no 28 "Jarak di antara dua kaki dan saf yang lurus". Menjarakkan kedua-dua belah kaki semasa berdiri dalam solat merupakan perkara sunat sahaja dan ia telah disepakati oleh para ulama. Namun tiada dalil khusus yang menetapkan jarak tertentu secara spesifik. Walaubagaimanapun, terdapat hadis yang tidak menggalakkan untuk merapatkan kedua-dua belah kaki semasa solat, yakni eloklah dijarakkan.
Pandangan yang berkaitan dengan jarak di antara kedua-dua kaki(Atiyyah,Saqar, Min Ahsan al-kalam fi al-fatawa, jil 1, hlm.553 dan al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh, jil.2 hlm.882):


Mazhab Hanafi : Kadar empat jari tangan. Jika kurang atau terlebih adalah makruh.
Mazhab Syafi'i : Kadar sejengkal
Mazhab Maliki dan Hambali : Kadarnya ialah sederhana menurut uruf, tidak terlalu luas dan tidak terlalu rapat.

Namun jarak dua kaki menjadi penting dan tergolong dalam sunah yang khusus apabila menunaikan solat secara berjemaah. Ini kerana ketika solat berjemaah, saf perlu dirapatkan bersumberkan hadis-hadis yang banyak antaranya : Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : " Luruskanlah saf kamu (ketika solat), sesungguhnya aku nampak kamu dari belakangku."(Riwayat al-Bukhari no.687)
Baginda juga bersabda yang bermaksud : "Mestilah kamu meluruskan saf kamu atau kamu bercanggah (melakukan kesalahan) dengan arahan Allah di hadapan-Nya." (Riwayat al- Bukhari no.685)

Melurus dan merapatkan saf bererti mesti menjaga jarak kaki. Justeru dalam keadaan tersebut, perlu diingat kadar yang telah ditetapkan oleh ulama. Bagi memperoleh kualiti yang terbaik dan pahala yang banyak, maka pandangan yang disarankan menurut penulis dalam hal jarak antara dua kaki ini adalah seperti berikut:

Ketika Solat Berjemaah
Jarak yang terbaik ialah sehingga menyentuh jari kaki ahli jemaah yang lain di sebelah kita. Ia sekali gus mempertautkan ukhwah dan mampu membuang ego. Imam al-Bukhari (no.692) meriwayatkan perbuatan sahabat apabila rasulullah memerintahkan supaya meluruskan saf : "Adakah semua kami (sahabat) bersentuh bahu kami dengan yang lain, demikian juga hujung kaki."

Ketika Solat Sendirian
Jarak yang terbaik adalah menurut pandangan Maliki dan Hambali, iaitu jarak yang dirasakan selesa dan sesuai dengan saiz tubuh masing-masing. Apa yang penting ialah suatu kedudukan yang beradab serta mampu mendatangkan kekhusyukan.
                                                             antara contoh majalah solusi

Alhamdulilah melalui perkongsian daripada solusi isu no.28 ini dapat memberi pengajaran kepada kita serta memperbaiki mutu solat kita. Akhir kata jumpa di entri akan datang.Salam

3 comments:

Peringatan yg bagus. tqvm
ms skola dlu dah blajar, tp biasa la lupe.. hehe

terima kasih md faizal..berpeluang dapatkan naskah solusi banyak imput2 yang akan kite perolehi

assalamualaikum..
sy nk tny,
adakah wanita juga perlu mejarakkan kaki?
tq..

Post a Comment