Premium WordPress Themes

Tuesday, February 8, 2011

kalau tak pecahkan ruyung, manakan dapat sagunya

Assalamualaikum dan hai readers, hari ini sy nak kongsikan cerita pengalaman bekerja sewaktu masih belajar dulu-dulu. (partime job).


Alhamdulilah semangat untuk mencari wang saku sendiri semasa belajar datang tanpa diduga..hehe.rezeki Allah nak bagi. Mula-mula masa di matrx sy menjalankan perniagaan menjual topup.


Pada mulanya hanya budak-budak kelas dan membe-membe sebelah bilik je tahu, tapi lama kelamaan makin ramai pelanggan tetapku..Memang best orang selalu cari sebab nak beli topup..Jual topup ni perlukan modal yang banyak, dulu RM1000 habis dalam masa 3,4 hari dan nak masukkan modal dalam bank terpaksalah outing. Time nak outing tu bagi banyak sebab sebab nak keluar punya pasal..Setiap minggu outing gune reason yang berbeze dan ada masa kawan keluar outing tumpang tolong bankinkan..Alhamdulilah dalam sibuk-sibuk blaja dapat jugak masa jual topup dan dapat menambah pendapatan. Pengalaman paling tak best time ni bile membe tak bayar duit topup dan bile duit tolak tapi nombor topup tak dapat...frust gileee!!!hehe

Masuk universiti, fikiranku makin terbuka, dan sering mencari peluang-peluang pekerjaan yang boleh menampung perbelanjaan. Mula sem 3 sampai sekarang dah sem 6, aku mula bekerja sebagai waiter (katering) dengan bayaran RM60 sekali function , ( dalam hati gaji tu memang banyak..) alhamdulilah aku kenal dengan seorang abang yang setiap minggu pasti ade job katering ini. Penat memang penat tapi berbaloi-baloi kerana selain dapat gaji aku jugak dapat makan sampai x mampu nak mkn lagi dan dapat tapau untuk kawan-kawan kat rumah..hehe

Pengalaman bekerja sewaktu belajar memang banyak memberi pendedahan dan mendewasakan diri ini, selain tidak mahu membebankan ibu-bapa dengan bekerja saya dapat mengurangkan kegiatan-kegiatan yang kurang berfaedah dan menghabiskan duit semata-mata. Akhir kata jumpa di entri saya akan datang,  wasalam..

0 comments:

Post a Comment