Premium WordPress Themes

Wednesday, May 20, 2009

foto..


ini hanya sekeping gambar.
ada apa tentang gambar ini??
renungkan dan fikirkan..

Tuesday, May 19, 2009

Kebesaran solat dua rakaat

ALLAH selesai menciptakan Jibril a.s dengan bentuk yang cantik dan Allah menciptakan pula baginya 200 sayap yang panjang. Sayap itu antara timur dan barat. Ada pendapat menyatakan 124,000 sayap.

Selepas itu Jibril a.s memandang dirinya sendiri dan berkata: “Wahai Tuhanku, adakah Engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripadaku?” Lalu Allah berfirman yang ber maksud: “Tidak.”


Kemudian Jibril a.s berdiri dan bersolat dua rekaat kerana syukur kepada Allah dan setiap rekaat itu tempohnya 20,000 tahun.

Selepas Jibril a.s solat, Allah berfirman yang bermaksud: “Wahai Jibril, kamu sudah menyembah Aku dengan ibadat yang bersungguh-sungguh dan jika tidak ada seorangpun yang menyembah kepada-Ku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan ada seorang nabi yang mulia yang paling Aku cintai, namanya Muhammad. Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa. Sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rekaat yang hanya sebentar saja dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kekurangan, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga.

Maka demi kemuliaan-Ku dan ketinggian-Ku, sesungguh nya solat mereka itu Aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintah-Ku, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintah-Ku.”

Kemudian Jibril a.s berkata: “Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?”

Lalu Allah berfirman yang bermaksud: “Ya Jibril, akan Aku berikan syurga Ma'wa sebagai tempat tinggal.”

Sesungguhnya Allah menyembunyikan enam perkara, iaitu:

  • Allah menyembunyikan reda-Nya dalam taat.

  • Allah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.

  • Allah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam al-Quran.

  • Allah menyembunyikan Lailatul Qadr di dalam Ra madan.

  • Allah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (lima waktu).

  • Allah menyembunyikan (tarikh berlaku) hari kiamat di dalam semua hari.
  • Monday, May 18, 2009

    NILAI RM 5

    Jalan di situ berlopak-lopak besar,terhinjut-hinjut Proton Exora ini dilambung graviti.

    Ery duduk di sebelah sudah berapa kali bangun tidur,Dengkurnya makin menjadi.
    Siaran radio sekejap berbunyi, bercampur-campur. Sekejap KL fm, sekejap
    Pahang fm mengikut lambungan kereta lagaknya.

    Aku terpaksa memperlahankan kereta melalui satu perkampungan nelayan
    yang kotor, beberapa budak-budak kecil dengan muka yang comot dan hingus kering di muka berlari-lari.
    Seorang daripadanya tidak berseluar langsung,geli.

    Ada orang tua berbasikal mengangkat tangan memberi salam. Aku menaikkan cermin kereta, melepaskan
    rengusan garang.
    Ery sudah bangun, mengesat-ngesat mata, menggeliat kasar.

    Ada sebuah jeti buruk disitu. Beberapa nelayan baru sampai dari laut
    disambut peraih-peraih buncit. Memunggah ikan.
    Ery sudah keluar mencari tunangnya. Aku duduk sahaja di dalam kereta. Aku bencikan pantai hanyir seperti ini.

    Beberapa gadis bertudung labuh lalu dengan menaiki basikal dan memberi senyuman. Aku menghempas
    pintu serta merta. Memang benar. Perempuan kolot seperti mereka itu, patut dijerukkan saja di tempat busuk ini.
    Kemudian, datang seorang tua menghampiri tingkap belakang. Aku
    Sedikit marah, mengetap bibir.
    "Nak apa?!"
    Dia terketar terkejut, sedikit berundur.
    " Assalammualaikum nak, pakcik ambil upah cuci kereta.."
    Dia bercakap dengan pandangan yang tumpah ke kakinya, tertib dan
    seperti takut. Di tangannya ada satu baldi buruk air sabun dengan tuala koyak ..Berbaju kemeja kusam koyak
    di poket, cuma dibutang dua menampakkan dadanya yang leper ditolak tulang selangka. Seluar hijau pudar , senteng.
    Tidak berkasut dengan kaki yang hitam. Menjijikkan!
    " Basuh sajalah, tapi, awas!! Kalau calar kereta aku,tahulah
    macamana aku nak ajar !!"

    Orang tua itu tertunduk-tunduk mengucap terima kasih. “Ah,si miskin
    seperti ini tunduk-tunduk meminta simpati, tiada maruah”.

    Terus saja dia menggosok satu demi satu tayar kereta. Memberus sambil terbatuk-batuk, meludahkan kahak
    hijau. Pengotor, sial! Aku mengalihkan mata ke pantai.

    Peraih berdekah-dekah ketawa menepuk-nepuk belakang nelayan di situ. Menyerahkan beberapa ringgit.
    Nelayan itu tersenyum pahit. Menyelitkannya di celah kopiah.

    “Itulah, siapa suruh kecil-kecil tidak mahu belajar pandai-pandai,masuk universiti dan kerja besar.
    Tidaklah hidup susah seperti itu. Bodoh !! “

    " Sudah nak!!" Pakcik itu datang setelah 20 minit. Aku sudah malas hendak memandangnya, dan ku hulurkan
    sahaja RM 5. Aku rasa itu sudah cukup lumayan untuk fakir seperti dia. Cepat-cepatlah dia pergi.”

    Tapi, sebaliknya dia memegang lama duit itu. Tunduk dan menangis tersedu-sedu , mengelap mata
    dengan hujung kemejanya.
    "Kenapa ni? Gila?!"
    " Nak, seumur hidup pakcik hidup susah ini, pakcik kerja memetik kelapa,mencuci tandas , kemudian
    mencuci kereta, belum pernah pakcik terima upah sebanyak ini.
    Dia bersungguh-sungguh melihat ke dalam mata aku.

    Timbul pula sedikit simpati, sedikit sayu. Rasa yang tidak pernah bertakung dalam hati keras aku selama
    25 tahun ini. Dia melipat kecil wang itu diikat simpul di dalam sapu tangan biru muda. Pergi dengan terhinggut
    menangis dengan baldi buruk ke arah sekumpulan nelayan.

    Aku memandangnya dengan pandangan kosong. Ini warna kemiskinan, aku tidak pernah lihat. Aku membesar
    dalam hutan batu, di kota lumpur. Keras diselaput wang kemewahan, kemudian keluar dengan segulung ijazah.
    Bekerja seperti orang gila untuk duit.

    Ery memanggil aku dari sebuah kedai makan di situ. Hampir 10 minit aku melayan Ery . Kemudian, kelibat
    orang tua itu melintasi kami, menjinjing dua beg besar hitam berisi barang. “Hairan, takkanlah dengan wang
    RM 5 dia boleh membeli barang sebanyak itu. Mustahil. Atau dia memang ada duit tapi,berlagak seperti fakir.
    Mungkin…”.

    Dengan rasa ragu, aku menghampirinya. Dia memberi senyum lembut dan aku dengan rasa curiga bertanya terus.
    " Eh, pakcik. Tadi saya bagi RM 5, takkan dapat beli barang
    sebanyak ini?" . Bunyinya seperti meninggi. Pakcik itu seperti terkejut. Dia diam dan tunduk seketika. Pahit
    menelan air liur. Meletakkan dua beg plastik di atas tanah, membukanya satu satu, perlahan-lahan dan terketar.
    Aku terkedu. Terkejut dan malu. Pakcik itu mengeluarkan sapu tangan tadi dan membuka simpulannya.
    Wang aku tadi, masih terlipat kemas. " Nak, pakcik tahu. Kami ini orang susah, nak. Hidup seperti najis,
    dibuang dan ditolak-tolak. Kalian pekup hidung melihat kami.
    Ambillah ini semula. Pakcik juga punya maruah. Kadang-kadang maruah kami lebih tinggi dari kamu
    orang kaya yang hidup berpura-pura, menipu orang. Harga diri kami masih kuat. Bila anak menyoal pakcik
    seperti tadi, anak telah memijak harga diri pakcik. Anak seperti menghukum pakcik sebagai orang tual sial
    yang berpura-pura susah.Ambillah semula,nak."
    Pakcik itu meletakkannya di atas tangan aku, dan aku menolak,
    berkali-kali.
    Aku sudah menangis, meminta maaf, berkali-kali. Tidak mahu
    menyentuh langsung wang itu, hingga jatuh di hujung kaki.
    " Lihat, itulah tempat duit. Di tapak kaki. Duit itu perlu, tapi
    jangan sampai ia lebih tinggi dari harga diri. Jangan sampai duit
    menjadikan kita angkuh dan bongkak. Pakcik ke sana tadi, tempat nelayan memunggah ikan.
    Pakcik kutip ikan-ikan kembung pecah perut ini yang sudah dibuang ke tepi.Dengan bangkai busuk ini pakcik
    sambung hidup anak-anak pakcik,
    jangan sampai kelaparan, jangan mati."

    Mendatar sahaja suara orang tua itu berkisar-kisar dengan pukulan
    ombak. Dia terbatuk-batuk berjalan, meninggalkan aku dengan wang RM 5 di hujung kaki, dua plasik
    berisi ikan busuk yang sudah mula
    dihurung lalat.

    Aku terduduk menangis semahu-mahunya. Aku mempunyai wang yang boleh membeli segala kemewahan dunia.
    Cuma aku belum mampu membeli sesuatu yang ada dalam diri orang tua itu.

    *"jika tidak dapat apa yang kita suka...belajarlah utk menyukai apa
    yang kita dapat.."