Premium WordPress Themes

Thursday, June 5, 2008

Petikan Ceramah Akil Hayy

Assalamualaikum,
>Subject: Ucapan Ustaz Hj.Akil Hayy
>
>Di dalam hidup manusia, yang penting ialah BERKAT.
>Bila hidup kita berkat, diri ini akan selamat.
>Apabila diri selamat, rumahtangga jadi sepakat.
>Apabila rumahtangga jadi sepakat,masyarakat jadi muafakat.
>Apabila masyarakat jadi muafakat, negara kita menjadi kuat.
>Apabila negara menjadi kuat, negara luar jadi hormat.
>Apabila negara luar jadi hormat, permusuhan pun tersekat.
>Apabila permusuhan tersekat, pembangunan pun meningkat.
>Apabila pembangunan pun meningkat, kemajuan menjadi pesat.
>
>TETAPI AWAS, apabila pembangunan meningkat, kemajuan menjadi pesat, kita
>lihat bangunan naik bertingkat-tingkat.
>Ditengah-tengah itu,tempat maksiat tumbuh macam kulat.
>Apabila tempat-tempat maksiat tumbuh macam kulat,
>KETIKA ITU manusia mula mengubah tabiat.
>Apabila manusia telah mengubah tabiat, ada yang jadi lalat ada yang jadi
ulat.
>Apabila manusia dah jadi ulat, sembahyang makin hari makin liat.
>Apabila sembahyang jadi liat,orang baik ada yang bertukar jadi jahat.
>Apabila orang baik bertukar jahat,orang miskin pula nak kaya cepat.
>Apabila orang miskin nak kaya cepat, orang tua pula nak mati lambat.
>Apabila orang tua nak mati lambat, tak dapat minum madu telan jerla minyak
gamat.
>
>Yang lelaki, budak budak muda pakai seluar ketat. Semua nak tunjuk kuat.
>Bila berjudi, percaya unsur kurafat. Tapi hidup pula yang melarat.
>Tali kasut dah tak berikat. Rambut pun jarang sikat.
>
>Yang perempuan, pakai mini sekerat. Suka pakai baju ketat.
>Suka sangat menunjukkan pusat. Hingga tak pedulikan lagi batasan aurat.
>Pakai pulak yang singkat-singkat. Kadang-kadang ternampak benda 'bulat'.
>Bila jadi macam ini, siapa lihat pasti tercegat.
>Silap gaya jadi gawat, bohsia bohjan lagi hebat.
>
>Duduk jauh berkirim surat.
>Bila berjumpa, tangan berjabat.
>Kemudian pakat lawan peluk siapa erat.
>Masa tu, nafas naik sampai tersekat-sekat.
>Usah peduli agama dan adat.
>Usah takut Allah dan malaikat.
>Yang penting apa kita nak buat?
>Kita 'bukti'lah kita buat.
>Akhirnya perut kempis dah jadi bulat.
>Apabila perut kempis dah jadi bulat, maka lahirlah pula anak-anak yang tak
cukup sifat.
>Bila anak-anak tak cukup sifat, jam tu kita tengok bayi dibuang di merata
tempat.
>
>MAKNANYA KETIKA ITU, IBLIS MULA MELOMPAT.
>Dia kata apa? Habis manusia dah masuk jerat.
>Habis manusia telah tersesat.
>Inilah dia fenomena masyarakat.
>Oleh itu wahai saudaraku dan para sahabat,
>Marilah kita pakat mengingat,
>Bahawa dunia hari ini makin singkat,
>Esok atau lusa mungkin kiamat,
>Sampai masa kita semua akan berangkat!
>Berangkat menuju ke negeri akhirat.
>Di sana kita akan ditanya apa yang kita buat.
>Masa tu, sindri mau ingat.
>Umur mu banyak mana mu buat ibadat...?
>Zaman muda mu, apa yang telah mu buat...?
>Harta benda anta, dari mana anta dapat...?
>Ilmu anta, adakah anta manafaat...?
>Semoga ianya dapat mengingatkan kita supaya segera meninggalkan maksiat
dan
memperbanyakkan
>ibadat.
>
>
>(Petikan ucapan Ustaz Hj. Akil Hayy Rawa.
>Sebarkanlah ini kepada ahli keluarga, saudara-mara, rakan-rakan dan
sahabat
handai kita
>agar masyarakat kita akan menjadi sebuah masyarakat yang bukan sahaja maju
>dari segi duniawi malah ukhrawi. Insya-Allah...Allahhuakbar! Allahhuakbar!
>Allahhuakbar!)

0 comments:

Post a Comment